← Kembali ke Runner Convo UPSI
Undang-undang · Berkuat kuasa 2026
Terma Perkhidmatan
Terma ini mengikat penggunaan perkhidmatan Runner Convo UPSI ("kami") oleh pelanggan ("anda"). Dengan membuat tempahan, anda bersetuju dengan terma berikut.
1. Skop Perkhidmatan
- Kami menguruskan urusan kaunter di UPSI Tanjong Malim bagi pihak anda berdasarkan surat kuasa bertulis yang sah.
- Perkhidmatan termasuk pengambilan transkrip, skrol, sijil, jubah, dan pengeposan ke alamat anda.
- Kami bukan wakil rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Semua kelulusan dan keputusan kekal di tangan pihak universiti.
2. Tempahan & Pembayaran
- Tempahan disahkan melalui WhatsApp dalam 1–2 jam waktu bekerja.
- Bayaran penuh diperlukan sebelum urusan kaunter bermula, kecuali jika anda memilih pilihan deposit.
- Deposit 10%: Anda boleh kunci slot dengan deposit 10% daripada jumlah pakej pilihan anda. Baki dibayar selepas dokumen siap dan sebelum pengeposan.
- Deposit dikembalikan 100% jika kami tidak dapat menyelesaikan urusan anda (rujuk Seksyen 4).
3. Pembatalan
- Pembatalan sebelum urusan kaunter bermula — bayaran dipulangkan sepenuhnya (termasuk deposit).
- Pembatalan selepas urusan kaunter bermula — bayaran tidak dapat dipulangkan kerana kos urusan telah ditanggung.
- Pembatalan selepas bungkusan dipos — bayaran dan kos pos tidak dapat dipulangkan.
4. Jaminan Money-Back (Refund)
100% refund jika dokumen tidak sampai kerana kecuaian kami.
Kami bertanggungjawab penuh ke atas bungkusan dari masa ia dipos sehingga ia sampai ke alamat anda. Jika bungkusan hilang, rosak teruk, atau tidak sampai kerana kesalahan pembungkusan atau pengendalian kami, kami akan refund penuh bayaran perkhidmatan dan kos pos.
Pengecualian:
- Kecuaian pihak kurier (Pos Laju, J&T, DHL) selepas bungkusan diserahkan — kami akan bantu tuntutan insurans kurier, tetapi refund tertakluk pada keputusan kurier.
- Alamat salah atau tidak lengkap yang diberikan oleh pelanggan.
- Kegagalan pelanggan mengambil bungkusan selepas notis penghantaran.
- Kerosakan kandungan yang tidak dapat dielakkan walaupun dibungkus dengan baik (contoh: kertas terlipat sedikit).
5. Tanggungjawab Pelanggan
- Memastikan semua dokumen sokongan (borang, surat kuasa, salinan IC) lengkap dan sah.
- Memberikan alamat penghantaran yang tepat dan nombor telefon yang aktif.
- Memaklumkan kami segera jika terdapat perubahan tarikh atau keperluan.
- Memahami bahawa kami tidak boleh mengubah keputusan universiti — kami hanya menguruskan proses.
6. Tanggungjawab Kami
- Menguruskan urusan dengan cekap dan mengikut turutan kaunter yang betul.
- Membungkus setiap item dengan premium packaging (bubble wrap dua lapis, stretch film, pelekat Fragile).
- Menyediakan nombor penjejakan sebaik bungkusan dipos.
- Mengemas kini status tempahan secara berkala.
- Menjaga kerahsiaan data peribadi anda selaras Dasar Privasi dan PDPA 2010.
7. Had Liabiliti
Liabiliti maksimum kami adalah terhad kepada jumlah bayaran yang anda telah bayar untuk perkhidmatan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tidak langsung (contoh: kehilangan peluang kerja, kos perjalanan semula).
8. Perubahan Terma
Kami boleh mengubah terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemas kini.
9. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan tentang terma ini, hubungi kami di WhatsApp +6014-903 0495.