TRANSKRIP & JUBAH SAMPAI KE TANGAN ANDA
Fokus pada detik graduasi anda — biar kami yang beratur di kaunter. Transkrip, skrol dan jubah dikutip, dibungkus kemas dan dipos terus ke pintu anda, di mana sahaja di Malaysia.
Mulai RM20 · Pakej kombo dari RM78
Konvokesyen UPSI Ke-28
TARIKH PENTING
Slot Tempahan
Konvo Ke-28
0 / 150 slot
23 slot telah ditempah setakat 18 Ogos 2026. Slot terhad — tempahan ditutup sebaik penuh, atau seminggu sebelum istiadat. Siapa cepat, dia dapat.
Tempah Slot Saya Sekarang Simpan Tarikh ke Google Calendar Muat turun fail kalendar (.ics) — iPhone, Outlook & GoogleKos sebenar
KENAPA GUNA RUNNER?
Beratur 4 kaunter, ambil cuti, tambang ulang-alik — ini kos sebenar mengurus sendiri. Serahkan pada kami, semuanya selesai sebelum anda sedar.
BUAT SENDIRI
- Tol dan minyak pergi-balik ke Tanjong Malim — sekitar RM120–RM180
- Ambil cuti sehari, kadang-kadang dua hari
- 6–8 jam di jalan raya dan beratur di kaunter
- Silap turutan cop atau dokumen tak lengkap — kena ulang datang
GUNA RUNNER
- Dari RM20 sahaja — harga jelas, tiada kos tersembunyi
- Tiada cuti, tiada perjalanan — semuanya kami uruskan
- Kami hafal turutan kaunter dan dokumen yang diperlukan
- Nombor penjejakan diberikan sebaik bungkusan dipos
Masa dan cuti anda lebih berharga daripada RM20.
Kalkulator segera
KIRA HARGA ANDA
Tandakan item yang anda perlukan dan pilih lokasi penghantaran — jumlah dikira serta-merta. Tiada kos tersembunyi.
LOKASI PENGHANTARAN
ANGGARAN JUMLAH
📦 Pos biasa: 2–3 hari bekerja — pembungkusan mengambil masa kerana jumlah bungkusan yang banyak setiap hari. Perlu segera? Pilih ⚡ Ekspres 24 Jam di atas untuk didahulukan.
CARA TEMPAH
- Tick servis yang anda nak ambil
- Confirmkan harga di WhatsApp
- Tekan dan isi borang Google Form ini
TAWARAN TERHAD
Kunci slot anda dengan 10% sahaja
Bayar deposit 10% daripada jumlah pakej pilihan anda untuk kunci slot tempahan — baki dibayar selepas dokumen siap. Kurangkan risiko, pastikan tempat anda dalam giliran.
10%
Deposit dikembalikan 100% jika kami tidak dapat menyelesaikan urusan anda.
Kunci Slot Saya — 10%Harga penuh, tiada tersembunyi
SERVIS & HARGA
Semua harga belum termasuk pengeposan, kecuali Pakej A, B dan C.
PAKEJ KOMBO
PAKEJ A
PALING LENGKAPJubah + Transkrip + Skrol
RM105
RM138
Termasuk pengeposan ke Semenanjung
Pilihan pos: Gabung sekali (jimat — tunggu jubah siap) atau berasingan (cepat — transkrip dulu, jubah kemudian).
PAKEJ B
Jubah + Skrol
RM88
RM116
Termasuk pengeposan ke Semenanjung
Pilihan pos: Gabung sekali (jimat — tunggu jubah siap) atau berasingan (cepat — transkrip dulu, jubah kemudian).
PAKEJ C
✨ CONCIERGESemuanya + Keutamaan
RM178
RM225
Termasuk pengeposan ke Semenanjung
Cara ia berjalan: selepas tempahan, kami uruskan semuanya di depan giliran — anda hanya tunggu di rumah.
Tempah Pakej Concierge ✨BANDING PAKEJ
| Perkara | Pakej B | Pakej A | Concierge ✨ |
|---|---|---|---|
| Jubah + Skrol | ✓ | ✓ | ✓ |
| Transkrip Akademik | — | ✓ | ✓ |
| Pengeposan termasuk | ✓ | ✓ | ✓ |
| Keutamaan hari pertama | — | — | ✓ |
| 2 kali pengeposan | ✓ | ✓ | ✓ |
| Jaminan wang dikembalikan 100% | ✓ | ✓ | ✓ |
| Harga (Semenanjung) | RM88 | RM105 | RM178 |
KOS PENGEPOSAN
Caj mengikut lokasi, saiz kotak dan berat kurier — termasuk premium packaging (kotak, bubble wrap, bahan pelindung).
| Item | Semenanjung | Sabah & Sarawak |
|---|---|---|
| Jubah sahaja — satu bungkusan | RM22 | RM32 |
| Transkrip / Skrol sahaja — satu bungkusan | RM14 | RM20 |
| Jubah + Transkrip / Skrol — gabung sekali | RM28 | RM42 |
| Jubah + Transkrip / Skrol — pos berasingan | RM38 | RM58 |
| Self pickup | Percuma | Percuma |
Kenapa kos ke Sabah & Sarawak lebih mahal? Penghantaran merentasi Laut China Selatan menggunakan kargo udara — kurier mengenakan caj mengikut berat volumetrik kotak, bukan harga rata seperti dalam Semenanjung. Jubah konvokesyen perlu dibungkus dalam kotak yang lebih besar supaya tidak terlipat dan rosak, dan ini menjadikan volumenya lebih tinggi — sekali gus cajnya naik. Kami hanya kenakan caj sebenar kurier tanpa keuntungan tambahan.
Kenapa kos pos kami sedikit mahal? Kerana kami tidak guna dokumen fail biasa. Setiap bungkusan dilindungi dengan kotak tegar, bubble wrap dua lapis, stretch film kalis air, dan pelekat Fragile — supaya dokumen anda sampai dalam keadaan sempurna, bukan terlipat atau basah.
Lihat Cara Kami Bungkus →Bukan pakej biasa
KES KHAS
Dua keadaan yang paling kerap ditanya tetapi paling jarang dijawab. Dua-duanya kami uruskan.
Skrol & transkrip tetap milik anda
Tidak hadir istiadat tidak bermakna anda kehilangan dokumen. Kami kejar keempat-empat cop kaunter dengan surat kuasa bertulis, kutip skrol dan transkrip selepas dikeluarkan, dan pos terus ke alamat anda. Tiada kos jubah, tiada pemulangan — kosnya jauh lebih rendah.
Muat Turun Surat Kuasa TranskripBelum termasuk pos: RM14 Semenanjung · RM20 Sabah & Sarawak
WhatsApp tentang kes ini →Perlukan transkrip bila-bila masa
Sudah bergraduat tahun lepas — atau lima tahun lepas — dan kini majikan, SPA, IPT atau PTPTN minta transkrip rasmi bercop? Anda mohon sendiri melalui UniSIS dan bayar yuran rasmi UPSI; selepas itu kami ambil alih semua urusan kaunter dan pengeposan, sepanjang tahun.
Belum termasuk pos dan yuran rasmi UPSI melalui ePayment
WhatsApp tentang kes ini → Muat Turun Borang Permohonan TranskripTiga langkah sahaja
CARA TEMPAH
Baca servis & kira harga
Semak senarai harga di atas, atau guna kalkulator segera untuk anggaran jumlah termasuk pengeposan.
WhatsApp kami
Kalau belum pasti, tanya dahulu. Kami sahkan harga dan jumlah keseluruhan — biasanya dibalas dalam 1–2 jam.
Isi borang tempahan
Maklumat pembayaran dan senarai perkhidmatan lengkap ada di dalam borang. Selesai isi, kami teruskan dari situ.
Kami sahkan di WhatsApp
Tempahan anda disahkan dalam 1–2 jam bersama butiran pembayaran.
Kami uruskan di kampus
Kaunter demi kaunter kami selesaikan — anda terima gambar bukti setiap langkah.
Bungkus kemas & pos
Bubble wrap, stretch film dan kotak tegar — kemudian diserahkan ke kurier.
Terima tracking & bungkusan
Nombor tracking dihantar terus ke WhatsApp anda. Sampai ke pintu, selamat.
Borang tempahan pantas
TEMPAH SLOT ANDA
Tempahan slot konvokesyen
TEMPAH SLOT ANDA
Borang tempahan pantas di laman ini telah ditutup sementara — kini semua tempahan dibuat melalui Borang Google rasmi kami. Maklumat anda dihantar terus kepada kami & tempahan diproses seperti biasa.
📝 ISI BORANG GOOGLEMenghadapi masalah? WhatsApp kami — kami bantu. Maaf atas kesulitan 🙏
CHECKLIST DOKUMEN ANDA
Tandakan dokumen yang anda sudah sediakan sebelum mula tempah — dua senarai: Transkrip Akademik & Jubah. Senarai ini untuk semakan anda sendiri sahaja — tiada apa dihantar ke kami.
📄 Transkrip Akademik ambil di BHEA / runner
🎓 Jubah (Pakaian Akademik) istiadat konvo📏 Panduan saiz
📏 PANDUAN SAIZ JUBAH
Ukur tinggi anda tanpa kasut, kemudian padankan dengan jadual di bawah. Saiz ini juga diperlukan oleh UniSIS sebelum sesi istiadat — beritahu kami supaya ia dicatat pada rekod anda.
| SAIZ | KETINGGIAN PELAJAR |
|---|---|
| S | 151 – 160 cm |
| M | 161 – 170 cm |
| L | 171 – 180 cm |
| XL | 181 – 185 cm |
| XXL | 186 – 190 cm |
Klik untuk lihat carta panduan saiz (gambar)
SEMAK TEMPAHAN ANDA
Pastikan semua butiran betul — tempahan akan dihantar ke WhatsApp kami.
Panduan transkrip & skrol
4 KAUNTER, SATU TURUTAN
Setiap permohonan transkrip dan skrol memerlukan cop pengesahan dari empat kaunter mengikut turutan ini. Silap turutan — terpaksa ulang datang lain hari. Itulah sebabnya ramai graduan serahkan semuanya pada kami.
Pejabat Keselamatan
BANGUNAN KPZ, KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH (KSAJS)Semak dan sahkan tiada denda keselamatan atau kompaun trafik tertunggak di kampus.
Perpustakaan
UPSI DIGITAL LIBRARY, KOMPLEKS AKADEMIK (KA), KSAS · BANGUNAN SAMASemak dan sahkan tiada pinjaman buku tertunggak atau denda lewat.
Jabatan Bendahari
GROUND FLOOR WING KIRI, KOMPLEKS AKADEMIK (KA), KSAS · BANGUNAN SAMASemak dan sahkan tiada tunggakan yuran pengajian atau hutang kewangan.
Bahagian Hal Ehwal Akademik 2 (BHEA)
TINGKAT 1 BAHAGIAN TENGAH, KOMPLEKS AKADEMIK (KA), KSAS · BANGUNAN SAMACop akhir dan penyerahan borang untuk pemprosesan transkrip dan skrol.
Sebelum ke kaunter
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Lengkapkan keempat-empat dokumen ini mengikut turutan — klik mana-mana gambar untuk besarkan contoh sebenar.
01 BORANG UPSI/AKAD4/01
Graduan perlu isi muka surat 1 dan muka surat 3 sahaja — lengkapkan sebelum ke mana-mana kaunter
Muat Turun Borang Panduan Cara Isi02 PENYATA KEWANGAN PELAJAR
UniSIS → Account → Financial Information → Generate Report. Baki akhir mesti RM0.00
03 SALINAN KAD PENGENALAN
Dua belah kad pada satu muka, dipalang dengan tulisan "UNTUK KEGUNAAN UPSI SAHAJA"
04 RESIT BAYARAN / DENDA
Resit ePayment yuran konvokesyen, dan bukti pembayaran jika ada tunggakan yang sudah dijelaskan
PENYATA KEWANGAN PELAJAR — PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH
1. Jana penyata kewangan anda
- Log masuk UniSIS
- Pergi ke Account
- Pilih Financial Information
- Tetapkan Year: 2026
- Tekan butang Generate Report (butang berwarna ungu)
- Muat turun kedua-dua muka surat
2. Semak kotak BALANCE pada muka surat 2
Di muka surat 2, cari kotak SUMMARY di sudut kanan. Lihat lajur paling kanan, BALANCE. Ada dua kemungkinan:
3. Bayar yuran konvokesyen RM150 di ePayment
Bayar di portal ePayment UPSI. Selepas bayaran berjaya, anda akan dapat resit seperti ini. Perhatikan Status: Payment Pending — bayaran belum masuk ke dalam sistem UPSI lagi.
4. Tunggu 3 hari bekerja, kemudian semak e-mel anda
Selepas membayar, semak peti masuk e-mel anda. Anda akan terima e-mel daripada ePayment@UPSI berkenaan pembayaran itu — seperti dalam gambar di bawah.
5. Tekan teks biru "Payment Pending" — pastikan ia bertukar jadi "Payment Received"
Selepas 3 hari bekerja, buka semula e-mel itu dan tekan teks biru "Payment Pending". Resit baru akan terbuka. Pastikan Status sudah bertukar kepada Payment Received — itu tanda bayaran anda sudah masuk ke dalam sistem UPSI.
6. Jana semula penyata kewangan anda
Selepas Status: Payment Received, kembali ke UniSIS dan jana semula penyata kewangan (ulang Langkah 1). Pilih Year: 2026, tekan Generate Report. Penyata baru anda akan menunjukkan:
Itulah bukti anda sudah bersih daripada tunggakan dan boleh teruskan permohonan transkrip dan jubah.
- Jana penyata → lihat BALANCE
- 0.00 → teruskan permohonan
- 150.00 → bayar yuran konvo di ePayment
- Tunggu 3 hari bekerja
- Tekan "Payment Pending" dalam e-mel → pastikan "Payment Received"
- Jana semula penyata → BALANCE 0.00
Panduan jubah konvokesyen
CARA MOHON JUBAH
Permohonan jubah dibuat sendiri oleh graduan melalui UniSIS — kami tidak boleh log masuk ke akaun anda. Panduan ini menerangkan setiap langkah, dokumen wajib, dan di mana servis kami masuk.
LANGKAH DALAM UNISIS
Buat keempat-empat langkah ini di unistudent.upsi.edu.my sebelum menyediakan dokumen.
Log masuk UniSIS
Log masuk ke portal pelajar menggunakan ID pelajar anda.
Sahkan kehadiran konvokesyen
Menu Academic → Convocation Invitation Letter. Pada ruangan Kehadiran Konvokesyen, pilih HADIR / ATTEND. Pada soalan "Telah Membeli Pakaian Akademik", pilih NO jika anda hanya menyewa.
Pilih saiz pakaian akademik
Pilih saiz mengikut ketinggian anda — rujuk jadual saiz di bawah.
Pilih cara ambil jubah & simpan
Pada ruangan Cara Ambil Jubah, pilih WAKIL / REPRESENTATIVE jika ingin menggunakan servis runner. Isi nama, nombor kad pengenalan dan telefon wakil — maklumat wakil kami diberikan selepas tempahan disahkan.
PANDUAN SAIZ
Pilih mengikut ketinggian, bukan berat badan. Jubah konvokesyen berpotongan longgar.
BAYARAN YURAN KONVOKESYEN
Bayar melalui ePayment UPSI. Resit adalah salah satu dokumen wajib.
Guna e-mel peribadi
Gunakan e-mel peribadi, bukan e-mel siswa — resit dihantar ke e-mel tersebut.
Status mesti "Payment Received"
Pembayaran ambil masa sehingga 3 hari bekerja untuk bertukar dari Pending ke Received.
Guna komputer jika boleh
Portal ePayment lebih stabil di komputer riba berbanding telefon.
Cara semak status:
- 1Cari "epayment" dalam peti masuk e-mel anda
- 2Tekan pautan "Payment Pending" berwarna biru
- 3Muat turun semula resit
- 4Semak tarikh cetak dan status terkini
5 DOKUMEN WAJIB
Susun mengikut turutan ini dan gabungkan menjadi satu fail PDF sebelum dihantar (boleh guna perkhidmatan percuma seperti iLovePDF).
Borang Permohonan Pinjaman Pakaian Akademik
Dimuat turun dari UniSIS selepas langkah 04. Tandatangan digital diperlukan.
Slip Kajian Pengesahan Graduan (SKPG)
Isi kajian di portal SKPG dan simpan slip sebagai bukti. Nota: kerja sambilan juga dikira sebagai bekerja.
Resit Yuran Konvokesyen
Dari ePayment — status mesti Payment Received. Jangan hantar jika masih Pending; kaunter akan menolak permohonan.
Surat Aku Janji Pinjaman Pakaian Akademik
Cetak 2 salinan, isi kedua-dua muka surat. Isi tarikh konvokesyen, bukan tarikh pulangkan jubah.
Bukti Daftar Alumni (AIMS)
Daftar di AIMS, klik "First time register", muat turun slip pendaftaran.
BUKA AIMS →JUBAH MESTI DIPULANGKAN
Jubah, mortar board dan hood mesti dipulangkan dalam keadaan baik dalam tempoh ditetapkan — denda dikenakan bagi setiap hari lewat.
SARJANA MUDA & DIPLOMA
Unit Pengijazahan, Tingkat 1, Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah
KEDOKTORAN, SARJANA & DPLI
Unit Pengijazahan, Institut Pengajian Siswazah, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
WAKTU OPERASI
| Perkara | Ijazah Lanjutan | Sarjana Muda / Diploma |
|---|---|---|
| Lewat pulang (sehari) | RM10 | RM10 |
| Rosak / hilang jubah | RM400 | RM300 |
| Rosak / hilang mortar board | RM80 | RM70 |
| Rosak / hilang hood | RM50 | RM40 |
| Rosak / hilang semua pakaian | RM450 | RM350 |
Kadar berdasarkan Jadual 1 panduan rasmi BHEA sesi lalu — sahkan kadar terkini dengan Unit Pengijazahan.
Hanya mahu uruskan jubah? Sahkan slot, pilih saiz & muat naik 5 dokumen — 60 saat.
Premium packaging
CARA KAMI BUNGKUS
Setiap bungkusan disiapkan untuk tahan perjalanan jauh — dua lapis bubble wrap, stretch film kalis air, dan pelekat Fragile pada setiap sisi kotak.
BUBBLE WRAP
Dua lapis pada setiap item
STRETCH FILM
Kalis air dan habuk
PELEKAT FRAGILE
Amaran pada setiap sisi kotak
Proses sebenar: packing jubah konvokesyen — bubble wrap, stretch film, pelekat Fragile.



SETIAP ITEM, KAMI JAGA
JUBAH KONVOKESYEN
MORTAR BOARD
SELEMPANG
TRANSKRIP AKADEMIK
SKROL
TRANSKRIP MYCHAMP / KOKURIKULUM
SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA
Untuk pengecualian PTPTN
Rekod kami setakat ini: 100% bungkusan sampai selamat — termasuk ke Sarawak.
Bukti sebenar
SUDAH SAMPAI KE TANGAN MEREKA
14 JANUARI 2026
"Borang-borang saya dah sampai semalam. Terima kasih banyak bantu jadi runner yang menyenangkan urusan saya — dari urusan transkrip akademik sampailah pemulangan jubah."
— Graduan, Sarjana Muda
24 NOVEMBER 2025
"Selamat sampai Sarawak. Thank you."
— Graduan dari Sarawak
23 NOVEMBER 2025
"Senat dan transkrip sudah selamat sampai. Ada kesan terlipat sikit tapi okay. Overall 10/10."
— Graduan, Semenanjung
29 OKTOBER 2025
"Sampai sudah barang. Thank you memudahkan urusan dari awal sampai akhir. Memang mantap servis."
— D., graduan
Testimoni sebenar pelanggan
Dah guna servis kami? Kongsi pengalaman anda — ia membantu graduan lain membuat keputusan. Kami paparkan hanya dengan kebenaran anda.
Kongsi di WhatsAppTanpa caj pengeposan
AMBIL SENDIRI DI TANJONG MALIM
Pilih Self Pickup semasa menempah dan anda tidak dikenakan sebarang caj pengeposan. Kami aturkan masa serahan dengan anda melalui WhatsApp selepas tempahan disahkan.
Bukti penghantaran
SETIAP BUNGKUSAN, ADA JEJAKNYA
Gambar sebenar dari meja bungkusan kami — tekan mana-mana gambar untuk besarkan.
Sudah tempah?
SEMAK STATUS TEMPAHAN
Masukkan nombor rujukan anda dan 4 digit terakhir nombor telefon yang anda gunakan. Anda akan nampak status tempahan anda serta-merta.
Soalan lazim
KERAP DITANYA
Tiada soalan sepadan — tanya terus di WhatsApp.
Tidak. Kami perkhidmatan persendirian dan bukan wakil rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kami menguruskan urusan kaunter bagi pihak anda menggunakan surat kuasa bertulis yang sah — kaedah yang memang dibenarkan oleh universiti untuk pengambilan melalui wakil. Semua kelulusan dan keputusan kekal di tangan pihak universiti.
Setiap item dibalut dua lapis bubble wrap, ditutup stretch film kalis air, dan dilekatkan pelekat Fragile pada setiap sisi kotak. Sebaik bungkusan dipos, kami berikan nombor penjejakan kurier supaya anda boleh ikut perjalanannya. Rekod kami setakat ini: 100% bungkusan sampai selamat, termasuk ke Sarawak.
Urusan kaunter mengambil 1–3 hari bekerja selepas dokumen anda lengkap. Kami perlukan 2–3 hari untuk proses wrapping sebelum pos. Pengeposan sendiri mengambil 2–5 hari bekerja ke Semenanjung dan 5–10 hari ke Sabah dan Sarawak, bergantung pada kurier.
Urgent? Tandakan Ekspres 24 Jam (+RM15) — wrapping disiapkan dan dipos pada hari yang sama, jimat 2–3 hari. Untuk jubah, kami pastikan ia sampai sebelum tarikh istiadat anda.
Surat kuasa bertulis ialah dokumen yang membenarkan kami bertindak sebagai wakil anda di kaunter UPSI. Tanpa surat kuasa dan salinan kad pengenalan anda, tiada kaunter akan melepaskan dokumen kepada kami. Jangan risau — templat surat kuasa kami sediakan selepas tempahan disahkan; anda hanya perlu tandatangan dan hantar semula.
Boleh. Self pickup di Driving Range UPSI adalah percuma — tiada caj pengeposan. Pilih pilihan "Self Pickup" semasa mengira harga atau memilih pakej, dan kami akan aturkan masa serahan dengan anda.
Bayaran dibuat selepas tempahan anda disahkan melalui WhatsApp — melalui pemindahan bank atau DuitNow. Anda tidak perlu bayar apa-apa semasa mengisi borang; kami hanya kutip bayaran setelah butiran tempahan dipersetujui bersama.
Boleh, sebelum urusan kaunter bermula — bayaran akan dipulangkan sepenuhnya. Jika urusan sudah bermula atau bungkusan sudah dipos, bayaran tidak dapat dipulangkan kerana kos urusan dan kurier telah ditanggung. Maklumkan kami seawal mungkin melalui WhatsApp.
Seluruh Malaysia — Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui Pos Laju, J&T atau DHL mengikut kesesuaian lokasi anda. Self pickup percuma di Tanjong Malim. Alamat luar Malaysia dinilai mengikut kes — hubungi kami dahulu.
Nombor penjejakan kurier dihantar terus ke WhatsApp anda sebaik bungkusan diserahkan kepada kurier. Anda tidak perlu mengisi sebarang borang atau mengingati sebarang nombor. Jika anda memilih self pickup di Driving Range UPSI, tiada penghantaran dan tiada nombor penjejakan diperlukan.
Anda hanya bayar 10% daripada jumlah pakej pilihan untuk mengunci slot — contohnya RM9.50 untuk Pakej A (RM95). Baki dibayar selepas dokumen siap dan sebelum pengeposan. Deposit dikembalikan 100% jika kami tidak dapat menyelesaikan urusan anda.
Kami menawarkan 100% money-back guarantee — jika dokumen atau jubah anda tidak sampai dengan selamat kerana kecuaian kami, bayaran perkhidmatan dan kos pos dikembalikan sepenuhnya. Butiran lengkap ada di halaman Terma Perkhidmatan.
Hampir sama, tetapi graduan DPLI 2024 dan ke bawah memerlukan cop tambahan di Kaunter UPSI Holding sebelum ke BHEA. Kami biasa dengan proses ini — baca Panduan DPLI Khas untuk butiran lengkap.
Boleh. Kami beroperasi sepanjang tahun, bukan hanya musim konvokesyen. Alumni boleh memohon transkrip akademik pada bila-bila masa — kami uruskan kaunter dan pengeposan. Baca Panduan Alumni untuk proses lengkap.
Denda RM10 sehari dikenakan oleh UPSI bagi setiap hari lewat. Jika anda guna servis pemulangan kami (RM25), kami pastikan jubah dipulangkan tepat pada masanya — anda tidak perlu risau tentang denda. Baca panduan pulang jubah lewat jika sudah terlewat.
Gabung sekali: Jubah dan dokumen dipos dalam satu bungkusan selepas jubah siap. Satu caj pos — lebih jimat. Pos berasingan: Transkrip dipos dahulu, jubah dipos kemudian. Dua caj pos — tetapi dokumen sampai lebih awal. Pilih mengikut keperluan masa dan bajet anda.
Permohonan pengecualian PTPTN untuk kelas pertama biasanya dibuka bulan Disember. Dokumen diperlukan: 1) Salinan surat tamat pengajian, 2) Salinan transkrip akademik, 3) Salinan skrol. Kami boleh uruskan pengesahan kelas pertama (RM20) untuk keperluan ini.
UPSI mengeluarkan surat pengesahan kelas pertama sebagai hardcopy, dan kami ambil untuk anda. Kemudian anda pilih: 1) Softcopy sahaja — kami ambil gambar atau imbas dan hantar ke WhatsApp anda. Tiada kos pos langsung; anda hanya bayar servis RM20. 2) Pos hardcopy — kos pos dokumen dikenakan (RM14 Semenanjung / RM20 Sabah & Sarawak).
Penting: surat ini hanya siap pertengahan hingga akhir Disember — lebih lewat daripada skrol dan transkrip akademik. Jadi kalau anda pilih pos dan ada dokumen lain bersama kami, ada dua cara: gabung (kami tunggu dan pos semuanya sekali — jimat satu kos pos) atau pos berasingan (surat dipos sendiri sebaik siap — tambah satu kos pos dokumen, tetapi dokumen lain anda sampai lebih awal).
Jika anda ada tarikh akhir PTPTN, pilih pos berasingan atau softcopy. Menunggu untuk gabung boleh menyebabkan anda terlepas tempoh permohonan.
Pakej A termasuk jubah, transkrip akademik dan skrol. Pakej B termasuk jubah dan skrol sahaja — tiada transkrip. Kedua-duanya sudah termasuk kos pengeposan untuk 2 kali penghantaran (jubah, dan dokumen). Transkrip kokurikulum dan pengesahan kelas pertama tidak termasuk kerana prosedurnya berbeza.
Tidak. Anda wajib hadir konvokesyen untuk menerima skrol di atas pentas. Skrol hanya boleh diambil selepas majlis konvokesyen selesai. Untuk dapatkan skrol, anda perlu pulangkan jubah dahulu — jika ada kerosakan, denda perlu dijelaskan sebelum BHEA serahkan skrol. Servis kami adalah untuk menguruskan dokumen selepas istiadat, bukan menggantikan kehadiran anda.
Boleh — tetapi hanya dalam tempoh permohonan khas, kira-kira 1–2 minggu sebelum konvo. Jika anda terlepas tempoh itu, transkrip hanya boleh diambil selepas majlis konvokesyen selesai, sama seperti skrol.
Inilah sebabnya kami syorkan anda mohon awal — terutamanya jika anda perlukan transkrip untuk permohonan kerja atau sambung belajar.
Luar musim konvo, alumni boleh memohon transkrip pada bila-bila masa.
Bagi anda yang tidak mengambil transkrip lebih awal sebelum konvo, staf kaunter akan memeriksa keadaan jubah anda dahulu. Jika tiada kerosakan dan tiada denda tertunggak, barulah transkrip dan skrol boleh dituntut. Jika ada kerosakan, denda perlu dijelaskan dahulu.
Sebabnya mudah: jubah ialah harta universiti yang dipinjamkan kepada anda. Inilah sebabnya kami syorkan ambil transkrip sebelum konvo — anda tidak perlu menunggu pemeriksaan jubah.
Bergantung pada sama ada anda hadir majlis konvokesyen.
1) Jika anda hadir — serahkan jubah kepada kami selepas majlis tamat atau selepas sesi bergambar. Tiada kos penghantaran.
2) Jika anda tidak hadir tetapi masih mahu memakai atau menyimpan jubah selepas konvo — pos jubah itu ke alamat kami. Kos pos dari tempat anda ke alamat kami ditanggung oleh anda sendiri.
Perhatikan: harga pos dalam senarai servis kami (RM14–RM58) adalah untuk penghantaran dari kami ke alamat anda selepas urusan selesai. Ia tidak termasuk kos penghantaran jubah dari anda kepada kami.
Panduan & artikel
BACA LANJUT
Artikel berguna untuk urusan transkrip, jubah dan konvokesyen UPSI — semuanya percuma.
Jangan tunggu slot penuh
FOKUS PADA PERAYAAN.
URUSAN KAUNTER, SERAH PADA KAMI.
Hari konvokesyen sepatutnya tentang anda dan keluarga — bukan tentang beratur di kaunter. Tempah slot anda sekarang.
